Burung kenari makan sayur salad,
Malangnya tersangkut dipagar,
Nama diberi muhamad shakir bin saad,
Lahir dan membesar di Alor Setar.
Kalau berbicara berhati hati dengan madah,
Untuk tidak mendapat padah,
Empat tahun di Universiti Malaysia Sabah,
Kerana menggengam segulung ijazah.
Jangan menuduh tanpa soal selidik,
Perangi rasuah dan dadah,
Lima tahun menjadi pendidik,
Di Kolej Matrikulasi Kedah.
Senapang tiada jika tiada peluru
Tiada apa yang boleh menampan
Menjadi cabaran sebagai guru
Kerana Biologi tentang kehidupan
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak molek jika ada dayung tiada
perahunya,
Tak lengkaplah blog ini,
Jika tidak ada ilmu yang berbicara.